Ketupat Kandangan
Ketupat Kandangan

Ketupat Kandangan

Ketupat Kandangan (Banjar: Katupat Kandangan) merupakan hidangan yang berasal dari kawasan Kandangan di Kalimantan Selatan.[1] Sama seperti ketupat pada amnya, bahan utama yang digunakan untuk membuat Ketupat Kandangan ialah beras. Namun, yang membezakannya dengan jenis ketupat lain ialah penambahan ikan haruan (Channa striatus) sebagai menu pelengkap.[1][2] Ikan haruan terlebih dahulu disalai dan kemudian dimasak bersama santan.[1] Akhir sekali, ikan dan kuahnya dituang ke atas ketupat.[2] Ketupat Kandangan menawarkan rasa yang gurih dan sedikit pedas. Hidangan kulinari ini boleh dinikmati untuk sarapan pagi, makan tengah hari atau makan malam. Ia juga selalunya dinikmati masyarakat Banjar semasa hari raya.[2]